Segala yang berlaku itu dalam kekuasaanNya dan dengan iradah dan kehendakNya

Kalaulah dikatakan [dalam pertanyaan orang]: “Adakah anda semua mengatakan bahawa Allah azza wa jalla menghendaki kufur, pembunuhan, dan lain-lain kemaksiatan itu,” maka kami katakan [kata Imam Syafi’i]: Kami tidak mengatakan perkara demikian itu secara mutlak begitu, kerana itu mewahamkan kesilapan, tetapi Kami katakan: semua yang berlaku itu dalam kekuasaanNya dan dengan iradah dan kehendakNya; maka masuklah semua itu dalam semua perkara-perkara makhluk yang baharu ada [dan berlaku]; dan itu adalah sebagaimana yang kita katakan tentang Tuhan pencipta yang menjadikan makhluk: Wahai Tuhan yang menciptakan makhluk!

Kita tidak mengatakan: Harus kita kata: Wahai Tuhan yang menjadikan kera, anjing, jengking kala, ular, walaupun semua itu makhluk Allah taala; demikian pula di sini.

Adapun untuk kita kita mengatakan: Sesungguhnya Allah ta’ala menghendaki apa yang berlaku daripada kekufuran, kemaksiatan, walhal Ia mencegahnya, mengenakan hukuman azab kerananya, wajib kita mengelakkan daripada mewahamkan kesilapan [berhubungan dengan Tuhan] sebagaimana wajib kita mengelak daripada mewahamkan kesilapan daripada kesalahan itu sendiri.

No comments yet

Tinggalkan komen