Sifat Iradat Tuhan

Dan ketahuilah bahawa apa yang dikehendaki Allah hal keadaannya mestilah jadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah jadinya maka mustahil ia jadi; dan tidak harus akan berlaku melainkan apa yang dikehendaki [olehNya].

Dan dalil tentang perkara itu ialah ramai sekali Muslimin [bahkan semua Muslimin] yang berpegang kepada pendapat bahawa apa yang dikehendaki Allah jadi dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak menjadi; dan firmanNya:

وما يشاؤن الا أن يشاء الله

yang bermaksud:

“Dan mereka tidak menghendaki melainkan bila dikehendaki Allah”.[1]

Dan firman Allah:

فلو شاء لهداكم أجمعين

yang bermaksud:

“Maka kalau Ia kehendaki Ia memberi hidayat kepada kamu semuanya.”[2]

Mudah-mudahan seperti firmanNya:

يُثَبِّتُ ٱللَّـهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱلْقَوْلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ”

yang bermaksud:

Allah memberi ketetapan kepada mereka yang beriman dengan kata-kata yang teguh tetap (yakni kalimah tauhid ‘la ilaha illa’Llah’) dalam hidup dunia ini”[3]

Maka Ia menetapkan bahawa hidayat dan membiarkan sesat itu kedua-duanya itu daripada Allah taala dan dalam kadar ini daripada ayat-ayat [demikian] maka cukuplah [untuk kita memahami hal ini], kerana Qudrat Kuasa Tuhan yang menjadikan alam itu qadim yang meliputi semua ketentuan-ketentuan, yang tidak boleh keluar daripada apa yang ditentukan itu dalam QudratNya.

Maka kalaulah berlaku dalam kekuasaanNya dan itu memesti termasuk semua perkara yang ditakdirkanNya, dan masuk kekurangan dalam QudratNya , itu mustahil pada sifatNya; maka jelaslah mustahil adanya apa yang tidak dikehendaki hal keadaannya [oleh]Nya, dan kerana [sebagai contohnya] kalaulah Ia kehendaki dari Fir’aun itu keimanan walhal ia mengetahui apa yang sebaliknya, nescaya [jadilah pula] Ia menghendaki menjadikan jahil diriNya sendiri dan menjatuhkan diriNya daripada martabat ketuhanan, itu mustahil bagi sifat Allah taala.


[1] Al-Insan: 30.

[2] Al-An’aam: 149

[3] Ibrahim: 27.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: