Allah menjadikan usaha para hambaNya

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya dan Ia mengadakannya daripada tidak ada kepada ada, dan Ia menjadikan itu usaha-usaha bagi mereka, dengan Ia menjadikan bagi mereka kudrat bersekali dengannya, dan hamba pula adalah orang yang mengusahakan bukan pencipta amal itu, dan Tuhan yang menjadikan Ia pencipta bukan yang mengusahakannya. Dan erti mencipta itu ialah mengadakan daripada tidak ada kepada ada; dan erti usaha itu ialah apa yang berkait dengan kudrat yang baharu ada [dalam berlaku perbuatan itu].

Dan dalil tentangnya ialah firman Tuhan (أم جعلوا لله لشركاء خلقوا كخلقه)[dalam ayat yang bermaksud]: “Adakah kamu menjadikan bagi Allah itu sekutu-sekutu yang dapat mencipta seperti ciptaanNya?”[1]

Maka Ia menerangkan bahawa tiap-tiap makhluk itu Allah-lah yang menjadikannya, tidak ada pencipta selain daripadaNya. Allah azza wa jalla berfirman (أتعبدون ما تنحتون والله خلقكم وما تعملون ) [yang bermaksud]: ‘Adakah kamu menyembah apa yang kamu pahatkan walhal Allah adalah Yang menjadikan kamu dan apa yang kamu lakukan?”[2].

Maka [dalam ayat ini] Allah memberitahu bahawa Ia pencipta amalan kamu sebagaimana Ia adalah pencipta diri kamu sendiri; [yang demikian ini ialah] kerana termasuk ke dalam syarat pencipta sesuatu ialah ia mengetahui tentang apa yang ia ciptakan itu; maka kalau si hamba itu pencipta bagi usahanya itu dan fiel perbuatannya, maka ia mengetahui bilangan gerak-gerinya dan diamnya dan lain-lain gambaran usahanya yang kembali kepada dirinya itu, dan bila kembali kepada dirinya dan diketahui secara dharuri bahawa ia tidak mengetahui itu semua, maka sabitlah bahawa Pencipta ialah Allah ta’ala; maka dalam maksud dan erti inilah terdapat firman Allah (و أسروا قولكم أو اجهروا به) [yang bermaksud]: “Sembunyikanlah kata-kata kamu atau jadikanlah ia terang nyata”.[3]

Maka nyatalah bahawa Pencipta tidak boleh tidak mesti mengetahui apa yang diciptakannya, kerana kalaulah sah adanya penciptaan dari pencipta yang tidak mengetahui apa yang diciptakannya, maka sahlah adanya perbuatan daripada orang yang tidak mengetahui pada pokoknya, maka itu membawa kepada terbatalnya sifat keTuhanan, maka yang demikian itu mustahil. Maka bila sabitlah yang demikian itu, bahawa usaha-usaha para hamba itu semuanya makhluk Allah; yang demikian itu ditunjukkan oleh orang Salaf kepada anda bahawa tidak ada Pencipta melainkan Allah sebagaimana mereka sebutkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.[4]


[1] Al-Raa’d: 16.

[2] Sad: 95.

[3] al-Mulk: 13.

[4] Huraian dan cara memberi dalil yang teliti yang ditunjukkan oleh Imam Syafi’i tentang hakikat bahawa Pencipta semuanya ialah Allah, sampai amalan manusia pun Allah yang menciptanya, manusia adalah yang mengusahakannya. Dengan ini dijelaskan erti pencipta dan erti pengusaha atas amalan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: