Sifat-sifat Allah Yang Qadim Tidak Membawa Kepada Kesyirikan Dengan Qadimnya Sifat-sifat Itu

 

Kalau dikatakan: Bahawasanya Tuhan yang menjadikan alam itu ada lapan sifat semuanya qadim [sebagai kunci mengenaliNya, walhal sifat-sifat kesempurnaannya tidak terkira], maka anda mengisbatkan berserta Allah lapan perkara qadim, maka yang demikian itu mensabitkan persyarikatan dalam perkara qidam [atau kesyirikan dalam perkara qadim].

Maka hendaklah dijawab: Itu tidak membawa kepada maksud demikian, kerana perkongsian dalam segi qidam demikian itu tidaklah membawa kepada maksud keserupaan dalam semua sifat-sifat sebagaimana yang kami terangkan sebelum ini; dan [yang demikian itu juga] kerana persyarikatan dalam perkara qidam itu kalau ia memestikan berlaku keserupaan maka mesti berlaku persyarikatan dalam perkara baharu maka mesti ia membawa kepada maksud jauhar-jauhar dan jisim-jisim seperti ‘aradh-‘aradh dan sifat-sifat; maka bila tidak sah apa yang kami katakan, maka tidak sah pula apa yang mereka katakan dan apa yang kami isbatkan tentang sifat-sifat Tuhan yang menjadikan ia semua itu sifat-sifat yang ada berserta dengan ZatNya; maka ia [yakni Tuhan dengan ZatNya dan Sifat-SifatNya] bukannya menjadi misalnya seperti sifat-sifat kita yang ada dalam zat-zat kita ini, yang tidak seperti kita sebagai misal-misal seperti zat-zat kita.

Hendaklah ini difahami. [Maka tidak timbul syirik sifat-sifat itu dengan Zat Allah, kerana sifat-sifatNya tidak bercerai dengan ZatNya. Maka kemusykilan syirik itu tertolak].

3 comments so far

  1. […]  Sifat-sifat Allah Yang Qadim Tidak Membawa Kepada Kesyirikan Dengan Qadimnya Sifat-sifat Itu […]

  2. […]  SIFAT-SIFAT ALLAH YANG QADIM TIDAK MEMBAWA KEPADA KESYIRIKAN DENGAN QADIMNYA SIFAT-SIFAT ITU […]

  3. mizan on

    Sifat Allah yang qadim (sediakala) memang tidak ada perumpamaan walaupun dalam kahayalan Adam, malaikat mahupun iblis.

    Ini juga mungkin di teruskan dengan kenyataa jika Allah mencipta sesuatu yang baru selain Adam….ianya masih tiada perumpamaan.

    Ini adalah pendirian yang penting sebab ini melibatkal syahadat , solah puasa dll rukun islam dan rukun Iman.

    Pada pendapat saya, darjat qadim hanya ada pada Allah – dan ia wajib diputuskan di alam ini dalam segi ilmu dan iktikad.

    Masa yang di berikan Allah di dunia sementara ini adalah di tuntut untuk tujuan itu jika kamu yakin kamu akan menuju hari kiamat, di hisab dan kekal di antara syurga atau neraka.

    Siapa yang tidak yakin akan menghadapi kiamat, hari pembalasan dan hisab dan seterusnya…tidak perlu berkecimpung dalam permasalahan ilmu ini.

    Pada pendapat saya yang tidak seberapa ini, kesyirikan memang MASIH ujud jika kita hanya menyebut Kidam tanpa ada detail ilmu bagi mempertahankan atau mempertanggungjawabkan jawapannya.

    Ini adalah tanggungjawab individu yang kemudian nya tanggungjawab kelompok ( Masyarakat)

    Namun begitu para ahli ilmu Tauhid/Kalam telah memperkenalkan perkataan2 seperti Aradh, jisim , jirim dan lain2 perkataan (yang bukan dari sumebr Al Quran dan hadis).

    Ini adalah sebagai usaha analisa untuk menuju kepada pertentangan terhadap detail yang sehalus-halus dan sebesar-besar bagi melupuskan keraguan tentang persamaan Allah SWT dengan apa juga bentuk – walau pun jika aradh, jauhar, jisim & jirim itu di himpunkan dan di bentukkan menjadi satu lembaga baru.

    Syirk kahfi adalah dalam bentuk syirik yang tidak sedar.

    Jika kahfi di himpunkan …harus ia akan menjadi jali. Bayangkan jika ianya dilakukan dalam keadaan tidak sedar (hidden atau tersembunyi) dari awal kamu hidup sehingga akhir nafas kematian individu.

    Manakala jika kamu melakukan sirik Jali secara tidak sedar, itu adalah tentu merosakkan.

    Perbezaan maklumat anda akan membezakan darjat anda tentang pegangan iman anda diantara manusia lain.

    Hapuskan syirik kahfi dulu (dalam syariat), baru kamu akan mudah faham syrik jali dan syirik kahfi itu dikatakan tersembunyi dan terhunjam di dalam fekli dan syariat, jika kita tidak peka dengan ilmu mengenai syirik dalam semua perkara (saya hanya meminjam kenyataan ini).

    Jika kita tidak ambil tahu masalah ini, ini bermakna ini kita tidak ambil peduli tentang hal syirik kahfi ini. Sudah tentu Allah SWT akan tahu keadaan kita yang sebenarnya.

    Jika kita mengambil tahu tentang syirik kahfi yang amat payah analisanya, rahmat Allah akan sampai.

    Ingat, Allah lebih dekat dari urat marikh manusia.

    Dia tahu apa yang di pohon oleh Hambanya dan permohonan yang di anggap Agong adalah ilmu2 yang berkisar dalam maklumat syirik kahfi & jali sebab kedua2 ini tidak akan di ampunkan sebab ia bukan dosa.

    Ada kenyataan doa ,” Ya Allah, berikan aku ilmu yang aku tidak tahu (Nafi)…..” (Wa kul rabbi zid ni ilman nafi an, wa amalan mutakabbalan..)

    Ini adalah pendapat setengah ahli Tauhid bahawa dalam Nafi itu “terhunjam secara tersembunyi maklumat dan butir2 syirik yang melampau” – terutama maklumat dan butir2 syirik kahfi.

    Harus, maklumat ini lah yang perlu di fahamkan dan di iktikadkan dalam iman manusia.

    Salam, saya mungkin silap dan harap di perbetulkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: