Akidah Ahli Sunnah Imam Syafi’i

Akidah Ahli Sunnah Imam Syafi’i Sebagaimana Di Dalam “Al-Fiqhul-Akbar”nya

Ini adalah bahagian awal terjemahan kitab “Fiqh Akbar” karangan Imam Syafi’i yang diusahakan oleh Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. Blog ini akan menyiarkan bahagian-bahagian terjemahan secara berperingkat. InshaAllah, ianya nanti akan diterbitkan sebagai sebuah buku yang boleh sama-sama kita manfaatkan.

Pandangan Imam Syafi’i berkenaan dengan Akidah Ahlissunnah wal-Jamaah boleh diperhatikan sebagaimana yang ada dalam al-Fiqhu’l-Akbarnya. Terjemahan Al-Fiqhu’l-Akbar Imam Syafi’i diperturunkan di bawah ini.

Mula-mulanya penterjemah ingin menyatakan bahawa kitab al-Fiqhul Akbarnya itu berdasarkan kepada teks yang diterbitkan oleh al-Matba’ah al-‘Amirah al-Syarqiyyah, Kaherah, 1324H, yang diterbitkan bersekali dengan teks ‘al-Fiqhul-Akbar’ oleh Imam Abu Hanifah rd. Teks Imam Syafi’i adalah dari muka surat 10-38.

Teks ini isi kandungannya sama dengan isi kandungan ‘al-Fiqh al-Akbar’ sebagaimana yang ada dalam kitab al-Kaukab al-Azhar’ Sharh al-Fiqh al-Akbar karangan almarhum Dr. Shaikh Muhammad bin Yasin bin ‘Abdullah bekas mufti Mausil, terbitan al-Maktabah al-Tijariyyah, Makkah al-Mukarramah, Mustafa Ahmad al-Bazz, dari halaman 7 – yang selesai penulisannya pada tahun 1405/1985.[1]

Berkenaan dengan maklumat tentang manuskrip-manuskrip dan naskhah yang menjadi asas kepada teks ini ialah seperti berikut:

Shaykh Yasin menyebut edisi terbitan Kaherah tahun 1900; naskhah tulisan tangan yang ditulis oleh Muhammad bin ’Abdullah bin Ahmad al-Rawi; naskhah yang ditulis oleh Shihab bin Ahmad bin Muslih al-Basri tahun 986; naskhah yang ditulis oleh Ahmad bin Shaykh Darwish al-Khatib di Jami’ Shaykh Ma’ruf al-Karkhi Baghdad, dan disebutkan oleh Shaykh Yasin bahawa kitab ini disebut dalam ‘Tarikh al-Adab al-’Arabi’ ditulis oleh al-‘Allamah al-Shafi’i, dicetak, Carl Brockelmann, jilid 1 halaman 178-180 dinisbah kepada Imam Syafi’e dan edisi Syeikh Yasin ini adalah selepas diusahakannya dengan melihat teks-teks itu. (dalam ‘al-Kaukab al-Azhar’, hal.6).

Dalam sebuah edisi baharu kitab ‘al-Risalah’ oleh Imam Syafi’e, pada bahagian pendahuluan oleh penyelenggara edisi itu, iaitu oleh Dr ’Abd al-Latif al-Hamim dan Dr Mahir Yasin al-Fahl, halaman 41 disebutkan bahawa ‘al-Fiqh al-Akbar’ adalah antara kitab-kitab Imam utama ini. (edisi al-Risalah Imam Shafi’i, bahagian pendahuluan pentahkik, terbitan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, 1426/2005).

Terjemahannya adalah seperti berikut, berdasarkan teks Kaherah tahun 1324 yang isinya sama dengan teks Shaykh Yasin tersebut, dengan sedikit-sedikit perbezaan.

Bilangan-bilangan di awal perenggan diberikan oleh penterjemah untuk menyenangkan rujukan kepada isinya. Demikian juga kepala-kepala tajuk, yang tidak ada pada naskhah asalnya, diberikan oleh penterjemah.


[1] Sebutan tentang ‘al-Fiqh al-Akbar’, dalam Geschichte Der Arabischen Litteratur, by C. Brockelmann, Supplemant Band, Leiden, Brill, 1937, vol.1 p.305 menyebut Fiqh Akbar. Sebutan tentang edisi Kaherah 1324.

About these ads

4 comments so far

  1. [...] Akidah Ahli Sunnah Imam Syafi’i [...]

  2. Sudin on

    numpang nanya, apakah benar kitab ini karangan Imam Syafi’i langsung? Bagaimana membuktikannya?

    karena orang salafi di http://abul-jauzaa.blogspot.com/2011/10/beberapa-catatan-tentang-ijmaa.html menyatakan sbb:

    mohon bantuan utk penjelasannya, sekaligus membantah argumen salafi.

    Perlu saya informasikan bahwa kitab Al-Kaukabul-Az-haar Syarh Al-Fiqhil-Akbar itu tidak shahih dinisbatkan kepada Asy-Syaafi’iy rahimahullah.

    Risalah ini terbit pertama kali tahun 1900 M di Mesir.

    Semua ulama yang menulis tentang biografi Asy-Syaafi’iy seperti Al-Baihaqiy, Abu Haatim, Ibnu Hajar, dan yang lainnya, tidak pernah sedikit pun menyinggung tentang kitab ini. Begitu juga dengan para penulis kitab Taariikh dan Adab. Selain itu, banyak pertentangan isi kitab ini dengan kitab-kitab Asy-Syaafi’iy yang masyhur. Di antara bukti lagi bahwa kitab itu tidak sah dinisbatkan kepada Asy-Syaafi’iy, maka dalam kitab Al-Kaukab itu banyak dituliskan :

    telah berkata sebagian teman-teman kami

    atau :

    dari sebagian teman-teman kami.

    Ini menunjukkan bahwa tulisan itu bukan tulisan Asy-Syaafi’iy. Uslub itu bukan uslub tulisan Asy-Syaafi’iy, melainkan uslub dari orang yang menasabkan diri pada madzhab fiqh Syaafi’iyyah. Begitu juga dengan uslub-uslub bahasa yang menggunakan lafadh jauhar, ‘aradl, dan yang lainnya yang merupakan bagian dari ilmu kalam. Ini semua tidak ternukil dari kutub Asy-Syaafi’iy selain dalam Al-Kaukab.

    Ada bukti-bukti lain yang cukup banyak sebagaimana telah dikumpulkan oleh Dr. Muhammad bin ‘Abdil-Wahhaab Al-’Aqiil hafidhahullah.

    Wassalam – Sudin

    • akarimomar on

      Jawapan dari Ustaz Uthman sendiri:

      Saudara Sudin

      Al-hamdulillah, baik sangat kitab ini diberikan perhatian oleh pembaca; yang kita perlu lakukan ialah menunjukkan bahawa ia kitab yang munasabah dinisbahkan kepada imam itu; setakat sekarang maklumat yang ada dengan kita ialah ia disebut oleh editor kitab al-Risalah karangan imam Syafie, Dr’Abd Latif al-Hamim dan Dr Mahir Yasin al-Fahl, hal.41 (terbitan Darr al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, 2005).

      Satu lagi ialah disebut dalam GAL, 1937, jilid.1 hal.305. Dalam pendahuluan ‘al-Kaukab al-Azhar hal.6 disebut oleh penulis manuskrip-manuskrip kitab ini yang dilihatnya sendiri di Maktabah al-Auqaf al-’Ammah Baghdad, dan dibandingkan pula oleh beliau dengan naskhah yang dicetak yang ada dengannya, serta diperbetulkan kesilapan-kesilapannya.

      Disebut oleh Dr Syeikh Yasin bahawa nama kitab itu ada pada fihrist MSS Arab dalam maktabah Awqaf itu pada jilid 2. Pada halaman 6 disebut naskhah-naskhahnya 3211, 3212, 3213 dengan sifat-sifat MSS itu. Pihak yang tidak hendak berpegang kepadanya baik sekali kalau ditelitikannya, dan memberi kepada pembaca penemuan-pemenuannya.

      Tentang penggunaan ‘aradh’ dan ‘jauhar’ nampak itu berlaku pada zaman itu, sebab Imam Ahmad yang menjadi murid Imam Syafie dinyatakan tidak suka kepada perbincangan yang melibatkan istilah-istilah yang demikian. Dan kita faham hal ini bila diingatkan bahawa aliran Mu’tazilah, yang banyak menggunakan istilah-istilah ini dulunya, mengembangkan fahaman mereka sehingga ia perlu disanggah oleh Ahli Sunnah, termasuk Imam Syafie yang menyebut kelainan Mu’tazilah itu berbanding dengan Ahli Sunnah.

      Tentang stail (gaya) Imam Syafie yang disebut sebagai berlainan daripada kitab-kirab lainnya, saya lihat nampaknya itu bukan hujah yang menghalang kita menggunakannya, sebab pada saya kita boleh sebut bahawa stail itu nampaknya bukan bercanggah dengan stail imam itu. Bagaimanapun ini boleh kita telitikan dengan memberi maklumat-maklumat bandingannya, tetapi itu satu kerja yang boleh dilakukan kemudian. Buat sementara ini kita masih boleh menyatakan bahawa kita itu kena pada tempatnya dinisbahkan kepada pada Imam agung itu.

      Saya mendapat maklumat dari ulama kita di Pattani kitab itu dipelejari di sana. Wassalam.

      Yang benar

      Muhammad Uthman El-Muhammady 2-11-11

  3. [...] AKIDAH AHLI SUNNAH IMAM SYAFI’I [...]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: